Sedang asyik berjalan di sg congkak, tempat orang berkelah, aku nampak sekumpulan remaja yang memakai ‘scarf’ di leher mereka. Ku kenal puak-puak ni. Aku sangat-sangat kenal dengan mereka. Bukan ke kenal individu-individu itu, tapi aku kenal sangat dengan jamaah yang mereka sedang berkhidmat. Mereka adalah puak-puak “scout” ataupon dalam bahasa kampungku, Pengakap.
Mereka mengingatkan aku zaman aku disekolah. Sebagai seorang yang bersekolah di sekolah yang ditinggalkan penjajah, kajang highschool, aku telah ditarbiah oleh jamaah scout. Aku merupakan diantara 4 orang melayu islam yang berjaya melepasi halangan untuk terus istiqomah dalam jamaah ini. Kami berempat berjaya kekal bermula dari saat tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. kami juga merupakan golongan terpilih dari orang islam untuk ditarbiah dalam jamaah scout.
Kadang-kadang rasa bangga wujud dalam diri, kerana bukan semua orang melayu Islam mampu bersama dengan jamaah ini. Sebelum itu, aku nak ingatkan sekali lagi, sekolah aku adalah sekolah tinggalan penjajah british, jadi sepatutnya sudah sedia maklum akan tinggalan budaya penjajah british.
Mula menyertai scout di sekolah tinggalan british ni, kami dipanggil ‘junior’. Pakaian sungguh pelik bagiku. Baju t-shirt putih jamaah ni beserta seluar pendek biru. Waktu itu aku masih jahil, jadi aku ikutkan saja arahan tu. Bila aku selidik-selidik, memang itu pakaian yang disarankan oleh pengasas “scout”, Sir Baden Powell. Oh, memang patutlah orang melayu Islam lari dari Scout di sekolah aku ni. Tapi, takkan lah tak boleh pakai seluar panjang???? Jadi bagi aku, alasan seluar pendek tak boleh dijadikan sebagai sebab untuk lari dari tarbiah jemaah scout nie.
Kami berstatus ‘junior’ sehinggalah tingkatan 2. tingkatan 3, kami naik pangkat jadi ‘senior’. Dah jadi ‘senior’ barulah boleh pakai seluar panjang. Tapi, sewaktu aku tingkatan 2, aku tinggal di asrama. Di asrama ini, ada seorang mamat cina budha. Dia tegur aku, aku ingat lagi kata-katanya, “awak orang Islam, tak boleh la pakai seluar pendek”.. huh, pelik sungguh aku. Mamat cina budha tegur orang melayu Islam dalam soal Islam (masa dia tegur aku tue, dia sedang berseluar pendek). Disebabkan aku respect pada mamat cina ni yang juga senior aku di sekolah, merangkap Kapten pasukan Basketball sekolah, aku mula terfikir mengenai ‘seluar pendek’. Sejak dari itu, aku ajak kawan-kawan aku yang 4 orang, kami pakai seluar panjang. Jadi, kamilah generasi pertama yang menghapuskan budaya tinggalan penjajah ini. Syukur pada Allah kerana mengurniakan mamat cina tadi. Semoga dia diberi hidayah dari Allah.
Kenapa aku berminat sertai jamaah scout nie…
Akan ku ceritakan nanti…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment