Aku mula bejinak dengan jamaah scout di awal darjah 4. tapi, di masa ini, tiada tanda-tanda aku akan maju dalam jamaah ini. Mungkin sekadar terikut-ikut dengan sistiem pendidikan di Malaysia. Aku mula memahami falsafah jamaah scout di tingkatan 1. jika diselidiki, sistem pengkaderan yang digunakan menyerupai apa yang disyorkan oleh ikhwanul muslimin. Sistem scout yang digunakan di kajang highschool membuatkan aku bangga menjadi ahli scout. Bagaimana sistemnya?
Di pertemuan sulong kami ahli baru, kami dihdangkan dengan pengenalan yang indah mengenai scout. Tiada lagi marah-marah, tiada ketegasan dalam kawad. Sekadar kasih sayang abang-abang scouter yang ditunjukkkan. Aku masih teringat lagi, ketika pertemuan sulong, kami dihidangkan dengan ayam bakar yang disediakan oleh senior form 3 dan 4. aku meratah lazat ayam itu dengan langsung tak memikirkan yang memasak itu adalah orang yang tidak seaqidah dengan aku. Mungkin kasih saying yang mereka tunjukkan menyebabkan aku terlupa yang aku diajar untuk makan makanan yang dimasak oleh orang yang seaqidah denganku sahaja. Walau apapon, aku yakin yang makanan itu halal.;)
Pertemuan yang istiqamah setiap minggu membuatkan aku mula cinta pada jamaah scout. Walaupon pada masa sekolah tidak mengadakan aktiviti kokurikulum, kami tetap mengadakan pertemuan. Notis hana ditampal di papan kenyataan kami. Ya, seperti keadaan biasa dihadapi oleh semua jamaah, penapisan dilakukan. Semakin lama, semakin sedikit ahli yang tinggal. Apa yang kami lakukan, jogging, senaman selama 30 minit. Kawad satu jam dan belajar aktiviti berpengakap satu jam. Setiap minggu.
Sekali-sekala ujian teori diadakan. Huh, macam system sekolah juga, ada exam.
Di cuti pertengahan tahun, perkhemahan latihan diadakan di sekolah. Memang latihan sungguh. Kami ditarbiah zahir dan batin. Menyiapkan gajet(perabot,khemah) sing malam, pagi gajet kami diperiksa dan akan diruntuhkan. Memang cukup teruji kesabaran. Mungkin inilah yang ingin Baden Powell semaikan dalam setiap ahli scout. Kental mental dan fizikal.
System latihan kepimpinan juga diadakan dengan penuh cermat. Di tingkatan satu, kami hanya menjadi ahli biasa di dalam setiap patrol(kumpulan) ketika perkhemahan latihan. Di tingkatan dua juga lebih kurang sama, Cuma kami sudah punyai junior. Bila sahaja malam, akan diadakan jalan malam dimana kami akan berada dalam kumpulan dan melakukan aktiviti treasure hunt. Sebelum aktiviti ini, kami dihidangkan dengan mitos-mitis hantu I sekolah. Kadang-kadang alumni sekolah datang bercerita. Di tingkatan 3, kami akan menjadi ketua kumpulan atau quartermaster(ketua dapur) untuk setiap patrol. Ketika aktviti malam, kamilah ketua untuk aktviti ini. Kami Cuma dibekalkan dengan lampu minyak tanah untuk setiap kumpulan.
Kemuncak system perkaderan adalah di tingkatan 4. kami sudah mula diajar untuk mengawal selia setiap perjumpaan mingguan. Di perkhemahan latihan, kami ahli tingkatan 4 diletakkan di satu kumpulan berbeza. Nama perkhemahan kami ditukarkan kepada perkhemahan kepimpinan. Jumlah hari berkhemah untuk kami juga ditambah sebanyak 2 hari. Aktiviti malam, tiada lagi dalam berkumpulan. Kami disuruh untuk berjalan malam seorang diri dan modul ini dipanggil dengan lencana keberanian. Hanya yang berani sahaja layak untuk memimpin jamaah scout.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment