Thursday, July 3, 2008

Cinta Sultan Mahmud

Cinta Sultan Mahmud

Sedang aku menatap rak-rak buku di MPH, aku terpandang sebuah novel karangan Said Hamdan, “Melaka di serang Feringhi”. Aku keluarkan dari rak itu dan aku dan aku jadikan ia milik diriku. Selesai saja bacaan novel itu, aku tulis sedikit tentangnya. Tentang kisah cinta Sultan Mahmud.

Melaka pada suatu masa dahulu merupakan negara yang sungguh aman damai. Negara yang sering disinggahi pedagang-pedagang seluruh dunia. Keamanan Melaka dicemburui semua pihak, terutamanya puak-puak feringgi.

Walaupon Melaka kuat dari aspek fizikalnya, ia lemah pada suatu yang tak sepatutnya lemah itu berada. Kezaliman Sultan Mahmud. Zalimnya Sultan Mahmud dek kerana nafsunya pada wanita. Suatu hari, seperti kebiasaan aktiviti petang, Mahmud(sultan) berjalan mencari gadis di kalangan rakyatnya. Pabila jalan berdekatan dengan sungai, terpandang Mahmud seorang anak gadis jelita. Disuruh pegawainya selidik anak gadis itu. Bak hidangan yang tersedia di atas meja, si gadis itu Fatimah namanya, anak tok bendahara. Belasan tahun umurnya.

Zalimnya Mahmud, disuruh pegawai istana merisik terus Fatimah dari tok bendahara. Dalam diam, Fatimah sudah bertaut hati pada Ali. Zalimnya Mahmud, dipaksa juga untuk Fatimah dikahwinkan dengannya.

Dek kerana zalimnya Mahmud, tok bendahara bersama keluarga, Ali, Fatimah memberontak. Tak mungkin tok bendahara benarkan gadisnya bersuamikan orang zalim. Zalimnya Mahmud, keluarga tok bendahara dijatuhkan hukuman mati, kecuali si Fatimah, gadis idaman Mahmud. Tercabut sahaja nyawa ahli keluarga itu, Fatimah gadis yang bijak melarikan diri. Dengan tangisan yang tak henti, diri mesti diselamatkan. Tak mungkin Fatimah rela kepada zalimnya Mahmud.

Mahmud berang. Tak pernah dia berang seperti ini. Mungkin inilah cinta sebenar Mahmud. Sudah banyak gadis yang dikahwin ceraikan, tak pernah dia berperasaan sebegini.

Dek sibuk mencari Fatimah, Mahmud lupakan keselamatan Melaka. Melaka diserang Feringgi. Pahlawan gagah Melaka telah dibunuh dek kerana zalimnya Mahmud. Yang ada cuma anjing-anjing feringgi yang tinggal di Istana. Dengan mudah, feringgi menakluk negara kesayangan Mahmud. Mahmud lari bersama beberapa pengikut setia.

Bertahun, Mahmud menjadi pelarian. Semua cubaan menakluk kembali Melaka menjadi sia-sia. Walaupon sibuk dan dalam kerisauan tentang Melaka, Mahmud masih lagi tak melupakan Fatimah.

Sampai satu sungai, Mahmud dan orang setia mandi air yang segar itu. Lalu tempat itu dinamakan Segamat. Berdekatan dengan sungai, ada sebuah pondok dimana pengajian dijalankan. Seorang guru wara’ dan lima anak murid yang suci wajahnya sedang belajar. Mahmud tertarik, lalu diminta untuk berguru dengan guru itu.

Lebai Aziz mengajar kitab cinta dan rindu karangan Ibnu Qayim Al-Jauziyah. Mahmud sedar yang dia sudah lama meninggalkan Allah. Mahmud sedar yang dia hanya cinta pada dunia yang sementara. Dia hanya cinta pada kecantikan dan keayuan gadis. Dia tak sedar yang itu semua hanya sementara. Gadis yang cantik akan juga berubah menjadi si tua yang hodoh.

Berbulan juga untuk khatam kitab karangan Ibnu Qayim. Selesai sahaja pengajian kitab itu, Mahmud terus mengembara. Sekarang mahmud hanya sebagai rakyat biasa. Lama masa berlalu, mahmud menjadi seorang yang tua. Minat pada ilmu membuatkan dia mengembara seluru tanah melayu. Teringin untuk menentang feringgi, tapi hasilnya hanya sia-sia.

Penat mengembara bersama orang setia, mereka berehat. Tempat persinggahan penuh dengan bunga. Kemungkinan ini adalah kebun bunga yang terkenal. Mereka sering dengar mitos yang mengatakan di timur tanah melayu ada kebun bunga yang luas bak sawah padi di utara. Secara tak sengaja, sekumpulan gadis melintas depan mereka. Mahmud tergerak hati untuk memandang kumpulan gadis itu dan telihatnya orang yang telah lama berada di hatinya, Tun Fatimah, anak tok bendahara.

Tun Fatimah kini berkhidmat di kebun bunga di timur tanah melayu. Majikannya memproses bunga-bungaan untuk dijadikan ubat penyembuh penyakit yang sering dihidapi kaum melayu. Penyakit hasad dengki. Bunga melembutkan hati, mengurangkan dengki pabila dihadiahkan pada seseorang.

Mahmud yang sudah lama mengembara teringin semula untuk mencari teman. Terserempak dengan fatimah membuatkan niatnya untuk memperisterikan gadis it terus kukuh. Tapi dia sedar yang dia telah berdosa pada gadis itu. Habis keluarga gadis itu dibunuh hanya kerana mereka menentang kehendaknya sebagai raja Melaka. Kini, dia bukan lagi raja melaka zalim yang berkuasa, tapi dia hanya seorang tua yang hodoh tapi penuh dengan keinginan untuk mengadap tuhan. Sedang mahmud mengelamun, seorang setia telah menghentikan lamunannya. Sang setia bertanyakan soalan yang tepat kepada mahmud. Seolah-olah tahu isi hati mahmud.

Keesokkan harinya, sang setia bersama rakan seperjuangan pergi melamar Fatimah tanpa tahunya si mahmud.


t b c…

No comments: