Sunday, July 6, 2008

akhir: Cinta sultan Mahmud

Pernikahan Fatimah dengan mahmud mengingatkan Fatimah akan Ali. Fatimah terkenang kembali bekas tunangnya itu. Sebab utama dia cuba berjauhan dengan suami barunya adalah kerana ali. Cintanya pada ali masih mendalam.

Mahmud bersedih sepanjang masa selepas peristiwa malam pertama. Terkenang dia akan dosa noda yang dilakukan dizaman kezalimannya di Melaka. Rasa sesalan amat mendalam dalam diri. Namun, setelah lama merantau mencari ilmu, mahmud yakin dengan ampunan Allah swt. Mahmud tidak putus-putus berharap pada yang Esa.

Walau setiap malam mereka berdua tinggal sebilik, namun sepatah perkataan tidak terlepas. Masing-masing teringat peristiwa di Melaka. Cumanya, mereka sering solat bersama. Hampir seminggu mahmud tidak ke masjid. Mahmud dan fatimah berjamaah di rumah.

Di tengah malam, mahmud mengadap yang esa. Tak putus-putus dia berharap fatimah terbuka hatinya. Fatimah juga bertindak sedemikian. Setiap malam bermunajat agar Allah buka hatinya untuk suami barunya.

Hampir seminggu tinggal bersama, mereka masih belum bersentuhan, hatta untuk bersalaman. Ahmud tidak mahu memaksa fatimah. Ya, mahmud berkuasa sebagai suami, tapi dia sedar akan perasaan isterinya yang sengsara akibat tangan jahat mahmud dahulu.

Solat maghrib terakhir sebelum tamat cuti mahmud, keajaiban berlaku. Allah membuka hati seorang isteri untuk menerima suami yang dulunya dibenci. Selesai berdoa, fatimah mencapai tangan suaminya lalu mencium tangan suaminya. Fatimah menangis teresak-esak memohon kemaafan suaminya. Mahmud juga tidak mampu menahan air mata. Tiada terasa kerdil dan hina di hadapan Allah. Dahulunya dia meninggalkan Allah, kini Allah terima dia sebagai hamba yang taat. Allah juga membuka hati seorang gadis yang dulunya membenci kezaliman mahmud.

"Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di waktu malam

untuk hambanya yang melakukan dosa di siang hari agar ia bertaubat

dan Dia membentangkan tangannya di siang hari untuk

hambanya yang melakukan dosa di malam hari agar ia bertaubat"

(HR Imam Muslim dari Abu Musa r.a..)

Tak semena-mena, aku menitis air mata. Aku yang dulunya bangga dengan dosa-dosa, kini dibuka hatiku oleh Allah yang esa. Aku dulunya jauh dari Allah, kini Allah yang pemurah, tak henti-henti mengurniakan ketenangan padaku. Aku berharap padaMu ya Allah, kuniakan aku seseorang yang mampu menasihatkan aku, aku mampu menasihatkannya, agar kami terus berada dalam keredhaanMu. Ingin aku menjadi seperti SULTAN MAHMUD, sanggup menunggu Fatimah yang tah kemana perginya. Ingin aku jadi seperti Mahmud, tabah mencari cermin yang lama hilang.

end

samb cinta sultan mahmud

Malam pertama merupakan malam yang indah dan bermakna untuk setiap pasangan yang baru bernikah. Ini mitos yang diceritakan pada orang melayu. Akan tetapi, malang untuk pasangan mahmud dan fatimah. Fatimah sudah kenal lama dengan suami barunya, begitu juga mahmud.

Fatimah terkejut melihat, tubuh yang berada dekat dengan tubuhnya adalah orang yang telah menamatkan kehidupan bahagia keluarganya di Melaka. Fatimah kebingungan. Hendak lari, menjadi derhaka pada suami. Hendak dekat, fatimah masih fobia dengan suaminya, mahmud yang zalim. Walaupon mahmud sudah tua, fatimah masih teringat wajah kezaliman mahmud.

Mahmud sedih mengingatkan dosa yang telah dilakukan terhadap keluarga isteri barunya itu. Dengan sedih, ia bermadah pada isterinya…

Kusedar siapa aku

Kusedar apa telah berlaku

Ku hanya mengharap ampunanNya

Ku hanya mampu mohon maafmu

Tidak aku minta bersamamu

Tidak juga untuk jauh darimu

Walau kini aku suamimu, Kau isteriku

Tapi aku sedar perasaan mu

Namun aku juga berperasaan

Fatimah isteriku,

Ku sedar tidak layak aku memanggil

kau sebagai isteri

namun ini hakikat yang telah berlaku

aku berbohong jika mengatakan

tidak aku inginkan kau

fatimah,

ku benarkan kau berfikir

ku benarkan kau bertenang

ku benarkan kau ke mana saja

walau selama mana kehendak kau

akan aku tunggu jawapan mu

malah,

jika berputus adalah jawapan darimu,

akan kuterima

walau itu jawapan yang merobek jiwaku

t b c…..

samb cinta sultan mahmud

Pagi ini pendekar azahari sedang melatih anak buahnya bersilat. Ayah angkat Fatimah ini handal bersilat. Anak melayu serata tanah melayu berguru dengan pendekar azahari. Sedang melatih, datang rombongan sang setia.

Ikan keli masuk jerat

Masuk terus bakul rotan

Datang kami ada hajat

Ingin memetik bunga di taman

Pendekar azahari melayan tetamu sebaiknya. Adat Islam, tetamu dihormati. Terus pendekar bertanya pada tuan badan yang dirisik. Fatimah hanya menyerah pada si tua yang telah lama menjaganya sejak kematian keluarganya.

Ke pasar mencari biji betik

Untuk disuap ayam serama

Bunga belum cuba dipetik

Pemetik datang dari mana?

Sang setia bercerita tentang pengembaraan dia dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mencari ilmu seluruh tanah melayu. Diberitahu juga tentang ketuanya, mahmud yang sudah tua dan sedang mencari teman yang mampu menjaganya. Kemungkinan kumpulan pengembara ini akan berpecah kerana masing-masing akan membina keluarga, terpaksa mereka meninggalkan mahmud. Mahmud mesti ada teman hidup. Pendekar azahari minta masa untuk berkeputusan.

Kuliah maghrib di masjid berjalan seperti biasa. Masjid penuh dengan penuntut ilmu. Kumpulan pengembara mahmud juga turut serta. Mereka bertemuan dengan pendekar azahari di masjid. Sang setia memperkenalkan mahmud pada pendekar. Mahmud menegur pendekar seolah-olah dua rakan yang tak pernah ketemu. Azahari mula minta pada mahmud. Mahmud tidak tahu rancangan sang setia untuk mengikat dirinya dengan anak angkat pendekar.

Di rumah mahmud, sang setia bercerita pada mahmud tentang lamarannya untuk mahmud. Sang setia berterus terang tentang sebab lamarannya. Mahmud terima apa yang sang setia lakukan untuknya.

Di rumah pendekar, mereka bersetuju untuk fatimah dinikahkan. Fatimah mudah menerima cadangan pendekar. Dia yakin dengan orang yang telah lama menjaga dan mendidiknya. Tarikh majlis telah ditetapkan.

Majlis berjalan lancar, namun fatimah dan mahmud tidak mengenali satu sama lain. Alangkah peliknya, ketika majlis, mereka malu sesama sendiri sehingga tidak sempat menatap wajah suami dan isteri yang baru dinikahi.

t b c…..

Thursday, July 3, 2008

Cinta Sultan Mahmud

Cinta Sultan Mahmud

Sedang aku menatap rak-rak buku di MPH, aku terpandang sebuah novel karangan Said Hamdan, “Melaka di serang Feringhi”. Aku keluarkan dari rak itu dan aku dan aku jadikan ia milik diriku. Selesai saja bacaan novel itu, aku tulis sedikit tentangnya. Tentang kisah cinta Sultan Mahmud.

Melaka pada suatu masa dahulu merupakan negara yang sungguh aman damai. Negara yang sering disinggahi pedagang-pedagang seluruh dunia. Keamanan Melaka dicemburui semua pihak, terutamanya puak-puak feringgi.

Walaupon Melaka kuat dari aspek fizikalnya, ia lemah pada suatu yang tak sepatutnya lemah itu berada. Kezaliman Sultan Mahmud. Zalimnya Sultan Mahmud dek kerana nafsunya pada wanita. Suatu hari, seperti kebiasaan aktiviti petang, Mahmud(sultan) berjalan mencari gadis di kalangan rakyatnya. Pabila jalan berdekatan dengan sungai, terpandang Mahmud seorang anak gadis jelita. Disuruh pegawainya selidik anak gadis itu. Bak hidangan yang tersedia di atas meja, si gadis itu Fatimah namanya, anak tok bendahara. Belasan tahun umurnya.

Zalimnya Mahmud, disuruh pegawai istana merisik terus Fatimah dari tok bendahara. Dalam diam, Fatimah sudah bertaut hati pada Ali. Zalimnya Mahmud, dipaksa juga untuk Fatimah dikahwinkan dengannya.

Dek kerana zalimnya Mahmud, tok bendahara bersama keluarga, Ali, Fatimah memberontak. Tak mungkin tok bendahara benarkan gadisnya bersuamikan orang zalim. Zalimnya Mahmud, keluarga tok bendahara dijatuhkan hukuman mati, kecuali si Fatimah, gadis idaman Mahmud. Tercabut sahaja nyawa ahli keluarga itu, Fatimah gadis yang bijak melarikan diri. Dengan tangisan yang tak henti, diri mesti diselamatkan. Tak mungkin Fatimah rela kepada zalimnya Mahmud.

Mahmud berang. Tak pernah dia berang seperti ini. Mungkin inilah cinta sebenar Mahmud. Sudah banyak gadis yang dikahwin ceraikan, tak pernah dia berperasaan sebegini.

Dek sibuk mencari Fatimah, Mahmud lupakan keselamatan Melaka. Melaka diserang Feringgi. Pahlawan gagah Melaka telah dibunuh dek kerana zalimnya Mahmud. Yang ada cuma anjing-anjing feringgi yang tinggal di Istana. Dengan mudah, feringgi menakluk negara kesayangan Mahmud. Mahmud lari bersama beberapa pengikut setia.

Bertahun, Mahmud menjadi pelarian. Semua cubaan menakluk kembali Melaka menjadi sia-sia. Walaupon sibuk dan dalam kerisauan tentang Melaka, Mahmud masih lagi tak melupakan Fatimah.

Sampai satu sungai, Mahmud dan orang setia mandi air yang segar itu. Lalu tempat itu dinamakan Segamat. Berdekatan dengan sungai, ada sebuah pondok dimana pengajian dijalankan. Seorang guru wara’ dan lima anak murid yang suci wajahnya sedang belajar. Mahmud tertarik, lalu diminta untuk berguru dengan guru itu.

Lebai Aziz mengajar kitab cinta dan rindu karangan Ibnu Qayim Al-Jauziyah. Mahmud sedar yang dia sudah lama meninggalkan Allah. Mahmud sedar yang dia hanya cinta pada dunia yang sementara. Dia hanya cinta pada kecantikan dan keayuan gadis. Dia tak sedar yang itu semua hanya sementara. Gadis yang cantik akan juga berubah menjadi si tua yang hodoh.

Berbulan juga untuk khatam kitab karangan Ibnu Qayim. Selesai sahaja pengajian kitab itu, Mahmud terus mengembara. Sekarang mahmud hanya sebagai rakyat biasa. Lama masa berlalu, mahmud menjadi seorang yang tua. Minat pada ilmu membuatkan dia mengembara seluru tanah melayu. Teringin untuk menentang feringgi, tapi hasilnya hanya sia-sia.

Penat mengembara bersama orang setia, mereka berehat. Tempat persinggahan penuh dengan bunga. Kemungkinan ini adalah kebun bunga yang terkenal. Mereka sering dengar mitos yang mengatakan di timur tanah melayu ada kebun bunga yang luas bak sawah padi di utara. Secara tak sengaja, sekumpulan gadis melintas depan mereka. Mahmud tergerak hati untuk memandang kumpulan gadis itu dan telihatnya orang yang telah lama berada di hatinya, Tun Fatimah, anak tok bendahara.

Tun Fatimah kini berkhidmat di kebun bunga di timur tanah melayu. Majikannya memproses bunga-bungaan untuk dijadikan ubat penyembuh penyakit yang sering dihidapi kaum melayu. Penyakit hasad dengki. Bunga melembutkan hati, mengurangkan dengki pabila dihadiahkan pada seseorang.

Mahmud yang sudah lama mengembara teringin semula untuk mencari teman. Terserempak dengan fatimah membuatkan niatnya untuk memperisterikan gadis it terus kukuh. Tapi dia sedar yang dia telah berdosa pada gadis itu. Habis keluarga gadis itu dibunuh hanya kerana mereka menentang kehendaknya sebagai raja Melaka. Kini, dia bukan lagi raja melaka zalim yang berkuasa, tapi dia hanya seorang tua yang hodoh tapi penuh dengan keinginan untuk mengadap tuhan. Sedang mahmud mengelamun, seorang setia telah menghentikan lamunannya. Sang setia bertanyakan soalan yang tepat kepada mahmud. Seolah-olah tahu isi hati mahmud.

Keesokkan harinya, sang setia bersama rakan seperjuangan pergi melamar Fatimah tanpa tahunya si mahmud.


t b c…